CDO berdepan 2 pertuduhan guna kedudukan cadang keluarga terima rumah SMJ

SANDAKAN – Seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mengesyorkan dua ahli keluarganya sebagai penerima bantuan kemiskinan di bawah Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Tertuduh, Herman Idris, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elsie Primus.

Mengikut pertuduhan, Herman yang bertugas sebagai CDO bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura didakwa menggunakan jawatannya sebagai Pegawai Badan Awam untuk mendapatkan suapan dengan mencadangkan dua ahli keluarganya sebagai penerima rumah bernilai RM70,000.

Susulan cadangan tersebut, dua ahli keluarganya didakwa telah terpilih sebagai penerima bantuan rumah berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dewan Persidangan Libaran, Tingkat 1, Wisma Perbandaran, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada pukul 2.30 petang, 26 September 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala tertuduh diwakili peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat amin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Hakim turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sekali setiap dua bulan.

Mahkamah menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah