Solat Jumaat di Al-Aqsa dibatalkan, tapak suci ditutup

PENTADBIRAN Awam Israel bertindak membatalkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, lapor platform tentera Israel, Al-Munasiq.

Ketua Pentadbiran Awam, Brigedier Jeneral Hisham Ibrahim memaklumkan, keputusan itu diambil susulan serangan balas Iran terhadap Israel dan rantau tersebut.

“Semua tapak suci di Kota Lama Baitulmaqdis, termasuk Tembok Barat dan Gereja Holy Sepulchre akan ditutup esok (Jumaat). Jemaah serta pelawat daripada semua agama tidak dibenarkan masuk,” katanya, lapor Al Jazeera.

Langkah terbaharu itu adalah sebahagian daripada siri sekatan ketat yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel di tapak ketiga paling suci umat Islam itu sejak bermulanya bulan Ramadan.

Sekatan tersebut turut dikaitkan dengan konflik ketenteraan antara Israel-Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang bermula Sabtu lalu, meskipun Oman selaku perantara melaporkan rundingan nuklear hampir mencapai kata sepakat.

Imam Kanan Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri, mengecam tindakan berkenaan dan menyifatkan pihak berkuasa Israel sengaja mengeksploitasi sebarang keadaan untuk menutup masjid tersebut tanpa alasan yang munasabah, kata beliau ketika ditemu ramah oleh Al Jazeera.

Situasi di Baitulmaqdis Timur yang diduduki semakin tegang apabila hanya penduduk setempat dan pemilik kedai dibenarkan memasuki kawasan Kota Lama sejak perang tercetus.

Bulan lalu, Israel mengehadkan hanya 10,000 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibenarkan menunaikan solat Ramadan pertama di pekarangan masjid, jumlah yang amat kecil berbanding kapasiti sebenar Al-Aqsa yang mampu menampung sehingga 500,000 jemaah.

Related Posts

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump rancang tarif baharu ke atas 60 negara, perang perdagangan dijangka memuncak

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang bersiap sedia memperkenalkan pusingan baharu tarif import terhadap kira-kira 60 negara seawal minggu ini, sekali gus berpotensi meningkatkan semula ketegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik