CAS kekal hukuman pemain naturalisasi palsu dokumen

PANEL Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mendapati kesalahan memalsukan dokumen kelayakan memang terbukti dan larangan 12 bulan daripada bermain perlawanan adalah hukuman munasabah serta seimbang bagi tujuh pemain terbabit.

Tujuh pemain terbabit adalah Facundo Tomás Garcés Rattaro, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

CAS turut menegaskan ini memandangkan tanggungjawab mereka yang bersubahat dalam penipuan itu.

“Namun, selaras dengan Artikel 22 Kod Disiplin FIFA FDC, panel memutuskan bahawa larangan itu hanya terpakai kepada perlawanan sahaja, bukan kepada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

“Ini bermakna pemain boleh kembali menjalani latihan bersama kelab masing-masing sepanjang tempoh larangan.

“Oleh itu, rayuan para pemain diterima sebahagiannya dan sekatan itu dipinda sebahagiannya.

“Larangan bermain perlawanan bermula hari ini, 5 Mac 2026, dengan mengambil kira tempoh dari 25 September 2025 hingga 26 Januari 2026 yang telah pun berkuat kuasa sebelum ini.

“Panel CAS juga berpendapat bahawa denda CHF 350,000 ke atas FAM adalah wajar dan seimbang,” kata CAS, seperti dilapor Berita Harian.

Sebagai rekod, perbicaraan secara bersemuka sudahpun berlangsung di ibu pejabat CAS di Lausanne, Switzerland, 26 Februari lalu.

Rayuan terbabit dipertimbangkan bersama oleh Panel Timbang Tara CAS yang terdiri daripada Lars Hilliger (Denmark) sebagai Presiden, José Luis Andrade (Portugal) dan Massimo Coccia (Itali).

Sebagai rekod, pada 2025, FAM menghubungi tujuh pemain itu dan pemain boleh memohon kewarganegaraan Malaysia secara sah dan bermain untuk pasukan kebangsaan FAM.

Semua pemain terbabit kemudian menjalani proses naturalisasi dan menerima pasport Malaysia.

Pada 25 September 2025, Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendapati bahawa FAM dan pemain melanggar Kod Disiplin FIFA (FDC) dengan menggunakan dokumen dipalsukan dalam proses naturalisasi dan kelayakan, walaupun para pemain tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia.

Keputusan ini dikekalkan pada 3 November 2025 oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA, yang mengesahkan denda CHF 350,000 ke atas FAM serta bagi setiap pemain, denda CHF 2,000 dan penggantungan 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

FAM dan pemain mengemukakan rayuan gabungan kepada CAS pada 5 Disember 2025.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai