Tindakan AS serang kapal IRIS Dena undang padah – Araghchi

TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengancam Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan menenggelamkan kapal perang Iran di Lautan Hindi, menyifatkan serangan itu sebagai satu ‘kekejaman’, lapor Agensi Berita Jerman.

“AS telah melakukan satu kekejaman di laut, 2,000 batu jauhnya dari pesisir pantai Iran,” tulis Menteri Luar Abbas Araghchi di platform media sosial X.

“Ingat kata-kata saya – AS akan menyesal di atas tindakan yang mereka mulakan ini.”

Araghchi berkata, kapal frigat IRIS Dena, yang membawa 130 anak kapal, sedang belayar di perairan antarabangsa sebagai tetamu tentera laut India apabila ia diserang tanpa sebarang amaran.

Jabatan Pertahanan AS mengesahkan kapal berkenaan ditenggelamkan semalam, oleh torpedo dilepaskan dari sebuah kapal selam AS, menyifatkannya sebagai serangan pertama seumpamanya sejak Perang Dunia Kedua.

Sri Lanka, yang menjalankan operasi menyelamat, mengesahkan selepas serangan itu bahawa sekurang-kurangnya 80 anak kapal terkorban, manakala puluhan lagi masih hilang.

Kerajaan Sri Lanka sebelum ini menyatakan sekurang-kurangnya 180 orang berada di atas kapal IRIS Dena semasa kejadian berlaku.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini