Sarawak salur RM1.75 juta, pastikan projek surau di Limbang berjalan lancar

LIMBANG – Sebanyak RM1.75 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan dua projek pembinaan surau baharu di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota pada Rabu.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, peruntukan itu melibatkan pembinaan Surau Kampung Malagangai dan Surau Taman Seri Patiambun.

Menurutnya, sejumlah RM800,000 disalurkan bagi projek bina baharu Surau Kampung Malagangai yang melibatkan kawasan seluas satu ekar.

“Peruntukan telah tersedia, namun terdapat isu tanah kerana masih ada penduduk yang tinggal di tapak projek.

“Hasil perbincangan hari ini, persetujuan telah dicapai dan penduduk terlibat akan mengosongkan kawasan berkenaan selewat-lewatnya pertengahan bulan depan,” katanya ketika mengadakan lawatan tapak projek berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menambah, bagi projek pembinaan Surau Taman Seri Patiambun pula, ia melibatkan kos sebanyak RM950,000 dengan keluasan tapak 1.3 ekar.

Jelasnya, lawatan ke tapak projek tersebut diadakan bagi meninjau keadaan tanah serta memuktamadkan perbincangan bersama agensi kerajaan berkaitan.

“Kita mahu memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan tiada isu berbangkit seperti masalah saliran yang boleh menyebabkan banjir di surau baharu itu nanti,” ujarnya.

Tegas Abdul Rahman, pelaksanaan kedua-dua projek di bawah RTP DUN Bukit Kota itu sangat penting bagi memenuhi keperluan kemudahan ibadah penduduk setempat.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Limbang, Marie Rozita Kulai; Penolong Kanan Pegawai Perancang Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Polycarp Pasha Peter dan Pegawai Tadbir Bahagian Pembangunan Fizikal Pejabat Daerah Limbang, Mohamad Sobree Damit.

Hadir sama, wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang, Mohamad Shazral Abdul Rahim dan Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Limbang, Hamzie Wahab.

Related Posts

Dron bantu pesawah Lawas pulihkan kualiti tanah, tingkat hasil padi

LAWAS – Penggunaan teknologi dron dalam kerja-kerja pengapuran kini diperluas kepada komuniti pesawah di Lawas bagi membantu memulihkan tahap pH serta meningkatkan kualiti tanah sebelum bermulanya musim penanaman padi. Inisiatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mesyuarat PH Pulau Pinang akan diadakan semula November ini

GEORGE TOWN – Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang yang ditangguhkan pada bulan lepas dijangka diadakan semula November ini bagi membincangkan pelbagai isu termasuk mengenai kedudukan Umno dalam pentadbiran kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dron bantu pesawah Lawas pulihkan kualiti tanah, tingkat hasil padi

Dron bantu pesawah Lawas pulihkan kualiti tanah, tingkat hasil padi

Mesyuarat PH Pulau Pinang akan diadakan semula November ini

Mesyuarat PH Pulau Pinang akan diadakan semula November ini

RADDA perkemas pelaksanaan projek, fokus selesaikan isu pemilikan tapak

RADDA perkemas pelaksanaan projek, fokus selesaikan isu pemilikan tapak

Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

Najib sudah dimaklumkan SOP pelaksanaan tahanan rumah

Najib sudah dimaklumkan SOP pelaksanaan tahanan rumah

MyEG perlu bayar tunggakan RM314 juta sebelum operasi disambung

MyEG perlu bayar tunggakan RM314 juta sebelum operasi disambung