Pembersihan Kg Sembulan Tengah diteruskan

KOTA KINABALU – Kerja-kerja pembersihan dan perobohan penempatan di kawasan Kampung (Kg) Sembulan Tengah tetap diteruskan.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, setakat ini sebanyak 27 rumah telah dirobohkan manakala lebih 100 unit lagi masih menunggu untuk tindakan selanjutnya.

“Yang tinggal masih ada lebih kurang 100 lebih lagi sebab hari itu kita belum dapat jentolak. 

“Sekarang ni kita sudah dapat kita sewa, jadi kita lagi cepat untuk merobohkan rumah-rumah tersebut,” ujarnya dalam sidang media selepas mengadakan walkabout di Bazar Ramadan Deasoka, di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai proses pemindahan penempatan tersebut, Sabin berkata kebanyakan yang masih tinggal di kawasan tersebut adalah penyewa.

“Sebenarnya yang tinggal di sana ini penyewa-penyewa saja ada beberapa yang senarai masih aktif tapi kita telah memberikan notis kepada mereka.

“Kita berharap mereka dapat berpindah dengan segeralah,” kongsinya.

Ketika ditanya sama ada tempoh pemindahan akan dilanjutkan, Sabin menegaskan setakat ini tiada lanjutan tempoh diberikan.

Tambah Sabin, pihaknya kini dalam proses meneliti dan memilih pemaju yang mempunyai kelayakan serta keupayaan untuk melaksanakan projek pembangunan semula Sembulan Tengah sebelum cadangan itu dibawa kepada Kerajaan Negeri untuk dimuktamadkan.

Dalam pada itu, Sabin berkata, tujuan tinjauan ke gerai-gerai di Bazar Deasoka adalah bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan seperti yang telah ditetapkan oleh DBKK.

Related Posts

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar negeri. EXCO Pembasmian Kemiskinan, V…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas