Court Soccer juara karnival futsal B-16 MILO

KUANTAN – Pasukan futsal Court Soccer Kuala Lumpur muncul johan dalam Karnival Futsal Hidup Bola anjuran MILO bagi kategori bawah 16 tahun.

Kemenangan pada aksi final itu diperoleh selepas menewaskan pasukan PFA Odin dari Sarawak dengan jaringan 2-0.

Jurulatih pasukan, Hasan Kasim berkata, kejayaan pasukan bimbingannya itu adalah hasil kerja berpasukan yang baik ditunjukkan pemain.

“Dalam kejohanan sama tahun lalu, kita hanya mara ke saingan suku akhir dan tahun ini memang menjadi sasaran awal untuk muncul juara.

“Saya amat terharu dengan kesungguhan ditunjukkan pemain dan mereka juga bermotivasi tinggi sebaik memulakan perjalanan dalam kejohanan kali ini,” katanya kepada The Malaysia Press.

Hasan dalam pada itu memaklumkan sebahagian pemain mewakili PFA Odin adalah wakil skuad futsal Sukma Sarawak dan kejayaan pasukan kendaliannya adalah pencapaian yang membanggakan.

Katanya, sebagai pasukan yang masih mencari pengalaman, Court Soccer sentiasa berusaha memberikan persembahan terbaik mereka dalam setiap perlawanan diharungi sepanjang kejohanan itu.

“Pasukan kami pernah jadi juara pada saingan tahun 2011 dan 2013, selepas itu kami banyak menumpukan kepada program pembangunan akar umbi dengan mencari bakat baharu dalam sukan futsal.

“Saya harap pasukan Court Soccer yang turut mempunyai pemain dari Kuantan dan Indera Mahkota dapat meneruskan rentak kecemerlangan ini dalam kejohanan akan datang,” katanya.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan