Suspek ditugaskan ekori komander AKPS ke masjid, pejabat selama sebulan

SUNGAI PETANI – Salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan Sabtu lalu dipercayai mengekori Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir selama sebulan sebelum kejadian tembakan 25 Februari lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, lelaki tempatan terbabit disyaki mengekori mangsa ketika dia mahu ke masjid dan pejabat pada awal pagi dalam masa kira-kira sebulan sebelum insiden berlaku.

“Lelaki terbabit merupakan antara tiga suspek berusia 44 hingga 58 tahun yang ditahan di sekitar lokasi kejadian. Tangkapan dilakukan kerana siasatan sentiasa berjalan dan setakat ini menunjukkan perkembangan positif.

“Antara alasan tangkapan dibuat adalah kerana salah seorang daripada mereka ini disyaki sebagai individu yang mengekori mangsa kira-kira sebulan awal semasa mangsa ke masjid dan pejabat pada awal pagi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya akan terus meneliti setiap maklumat yang diperoleh berhubung kejadian dan tangkapan akan dilakukan untuk siasatan lanjut.

“Daripada 10 suspek (termasuk seorang wanita Thailand) yang ditahan sejak hari kejadian, seorang suspek lelaki telah dibebaskan dengan jaminan polis dua hari lepas. Ia kerana kita telah selesai siasatan dan berpuas hati bahawa dia tidak terlibat dalam kejadian itu,” ujarnya.

Jelasnya, siasatan ke atas sembilan lagi suspek sedang giat dijalankan dan setakat ini tiada pengakuan tentang penglibatan dalam kes tembakan tersebut, namun kebanyakannya mengakui terlibat dalam kegiatan penyeludupan di sempadan.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung kaitan dengan kumpulan penjenayah Geng Pak Su, beliau berkata, siasatan mendapati terdapat suspek yang mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut.

“Buat masa ini saya kata memang ada kaitan tetapi saya tidak boleh dedahkan dahulu tahap mana keterlibatan dengan kes (tembakan) ini. Cuma saya kata memang ada kaitan, sebab itu kita perlu selidik dan siasat lanjut,” tambahnya.

The Malaysia Press semalam melaporkan polis setakat ini menahan 10 suspek bagi membantu siasatan kes tembakan yang menyasarkan seorang komander sempadan di Bukit Kayu Hitam, dekat sini pada Rabu lalu.

Tangkapan dikaitkan dengan kumpulan penjenayah Geng Pak Su apabila sebahagian suspek didakwa mengenali ahli kumpulan itu.

Related Posts

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

KOTA KINABALU – Hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus diperjuang dan direalisasikan melalui semangat kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

ENGKILILI – Kesedaran mendalam mengenai sejarah pembentukan negara dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu terus diperkukuh, khususnya dalam kalangan generasi muda bagi memastikan mereka memahami kedudukan dan hak sebenar Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima