Ahli Parlimen tolak RUU had tempoh jawatan PM khianat usaha reformasi institusi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri wajar ditolak sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, keputusan sebahagian Ahli Parlimen yang tidak menyokong pindaan itu di Dewan Rakyat semalam disifatkan sebagai ‘pengkhianatan terhadap usaha mereformasikan institusi negara’.

“Wanita PKR menzahirkan kekecewaan terhadap kegagalan meluluskan RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

“RUU berkenaan adalah sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang bertujuan memperkukuh amalan demokrasi, tatakelola dan tadbir urus negara.

“Rakyat berhak mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen yang tidak mendukung RUU ini kerana ia mencerminkan sikap tidak bersama dalam agenda reformasi negara,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, wanita PKR menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta agenda kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh tadbir urus negara demi manfaat seluruh rakyat.

RUU berkenaan gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali.

Keputusan undi belah bahagian itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas ia dibahaskan oleh seramai 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.

Related Posts

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

KOTA KINABALU – UMNO bersedia menerima mana-mana pemimpin yang dikenakan tindakan disiplin atau dipecat oleh parti asal mereka untuk kembali menyertai parti itu, tertakluk kepada peruntukan undang-undang termasuk Akta Anti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akui khilaf, Nik Zawawi mohon maaf atas kenyataan kontroversi sahabat Nabi

KUALA LUMPUR – Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, hari ini memohon maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataan kontroversi yang dikaitkan dengan sahabat Nabi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu