Empat projek RTP bernilai RM650,000 siap, infrastruktur Tellian terus diperkasa

MUKAH – Usaha memperkukuh kemudahan infrastruktur luar bandar terus dipergiat apabila empat projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian berjaya disiapkan sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, kesemua projek berkenaan telah dilaksanakan mengikut jadual dengan tempoh pelaksanaan selama enam bulan bagi setiap projek.

Menurutnya, projek tersebut melibatkan kerja-kerja menaik taraf titian dan jambatan di beberapa buah kampung, termasuk Kampung Petanak Hilir, Kampung Petanak Hulu dan Kampung Tellian Laut.

“Jumlah keseluruhan kos bagi keempat-empat projek ini adalah sebanyak RM650,000 dan semuanya telah siap sepenuhnya serta diserahkan secara rasmi hari ini (Isnin).

“Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif program RTP yang bertujuan meningkatkan kemudahan asas serta kesejahteraan masyarakat luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Royston turut hadir meninjau sesi penyerahan projek tersebut sebagai tanda komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar terus dipertingkatkan.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar kemudahan yang disediakan itu dijaga dengan baik oleh komuniti setempat.

“Diharapkan kemudahan yang telah dinaik taraf ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk dan dipelihara dengan baik demi kegunaan jangka panjang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas peruntukan RTP yang disalurkan secara konsisten kepada setiap kawasan DUN di seluruh negeri itu.

Related Posts

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras selepas merampas barangan tidak berkastam bernilai RM2.52 juta dalam tiga serbuan berasingan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah