Ahli Parlimen tolak RUU had tempoh jawatan PM khianat usaha reformasi institusi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri wajar ditolak sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, keputusan sebahagian Ahli Parlimen yang tidak menyokong pindaan itu di Dewan Rakyat semalam disifatkan sebagai ‘pengkhianatan terhadap usaha mereformasikan institusi negara’.

“Wanita PKR menzahirkan kekecewaan terhadap kegagalan meluluskan RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

“RUU berkenaan adalah sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang bertujuan memperkukuh amalan demokrasi, tatakelola dan tadbir urus negara.

“Rakyat berhak mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen yang tidak mendukung RUU ini kerana ia mencerminkan sikap tidak bersama dalam agenda reformasi negara,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, wanita PKR menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta agenda kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh tadbir urus negara demi manfaat seluruh rakyat.

RUU berkenaan gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali.

Keputusan undi belah bahagian itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas ia dibahaskan oleh seramai 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.

Related Posts

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

KEDUDUKAN UMNO dalam kerajaan Pulau Pinang bakal dibincangkan semula hujung minggu ini, selepas hubungan antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) negeri semakin tegang susulan beberapa kenyataan pada Perhimpunan Agung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

PAS perlu mempertimbangkan kesan terhadap imejnya sekiranya memilih untuk membentuk gabungan baharu bersama UMNO, terutama apabila parti itu mungkin turut berdepan isu dan kontroversi yang dikaitkan dengan UMNO, kata Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO