Mayat warga emas ditemukan tersangkut timbunan ranting kayu

LIMBANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika turun ke sungai untuk membaiki perahunya di Long Napir pada 26 Februari lalu akhirnya berakhir apabila mayat mangsa ditemukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Penolong Bomba Kanan (PBK) I Mazrom Ampahon berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Hendry Sian Tama Sian, 64, ditemukan pasukan SAR di hilir kawasan Long Kebar, Sungai Limbang.

Menurutnya, lokasi penemuan itu terletak kira-kira satu jam 45 minit dari lokasi asal kejadian perahu karam berkenaan.

“Mayat mangsa ditemukan berada pada timbunan ranting kayu sebelum berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan oleh pasukan penyelamat.

“Difahamkan, mayat kemudiannya dibawa ke Kampung Long Napir menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik penduduk kampung untuk tindakan lanjut pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mazrom berkata, sepanjang operasi memasuki hari ketiga itu, pencarian melibatkan keanggotaan daripada BBP Limbang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jelas beliau, operasi itu turut mendapat kerjasama padu daripada penduduk kampung yang membantu menggunakan beberapa buah bot persendirian.

“Dengan penemuan mayat mangsa ini, operasi SAR ditamatkan secara rasmi.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Terima kasih juga kepada semua pasukan penyelamat dan individu yang terlibat sepanjang operasi dijalankan,” ujarnya.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman