Video lama hina Islam ditular semula, MCMC ambil tindakan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempergiat usaha penguatkuasaan susulan penularan semula sebuah video lama bertarikh 2024 yang dikaitkan dengan insiden di Singapura dan mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam, termasuk perbuatan memijak al-Quran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MCMC menerima aduan orang awam berhubung penyebaran semula kandungan berkenaan yang dipercayai mencetuskan kebimbangan serta ketegangan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai individu yang terlibat merupakan seorang warga Singapura dan insiden tersebut juga dipercayai berlaku di Singapura,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, MCMC menjalinkan kerjasama dengan penyedia platform media sosial terlibat, termasuk Threads, Facebook dan TikTok, bagi mengekang penyebaran kandungan berkenaan serta menyekat aksesnya di Malaysia.

MCMC turut menegaskan bahawa tindakan menyebarkan bahan yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi menjejaskan keharmonian awam adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab serta boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada MCMC menerusi portal aduan rasminya atau kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut.

Related Posts

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

USAHA memerangi rasuah dan memperkasakan integriti secara menyeluruh memerlukan kehendak politik yang teguh bermula daripada peringkat pucuk pimpinan tertinggi. Menurut bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah