Serangan Iran: Jangan normalisasi kekerasan

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) bagi Hal Ehwal Perhubungan dan Perdagangan Antarabangsa mengecam dan menyatakan kebimbangan amat serius terhadap serangan ketenteraan terkini oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran serta serangan balas susulan oleh Iran di beberapa bahagian Asia Barat.

Pengerusinya yang juga Ahli Parlimen PH Subang, Wong Chen berkata, pihaknya menegaskan semula pendirian Malaysia yang telah lama dipegang bahawa kedaulatan dan integriti wilayah semua negara mesti dihormati.

Menurutnya, penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa tertakluk secara tegas kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa yang telah ditetapkan.

“Secara khususnya, Perkara 2(4) Piagam PBB dengan jelas melarang ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap integriti wilayah atau kebebasan politik mana-mana negara. Larangan itu merupakan tonggak asas kepada tatatertib undang-undang antarabangsa pasca-1945.

“Oleh itu, sebarang tindakan ketenteraan mesti termasuk dalam pengecualian terhad yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa, iaitu hak pertahanan diri yang sedia ada susulan suatu serangan bersenjata sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 51 Piagam tersebut, atau apabila dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Dalam hal ini, kami khususnya mengambil maklum bahawa serangan terhadap Iran, yang mencetuskan konflik semasa ini, merupakan satu pelanggaran yang jelas terhadap larangan penggunaan kekerasan di bawah Piagam PBB,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Chen menegaskan, menyokong atau menormalkan penggunaan kekerasan di luar parameter perundangan yang telah ditetapkan berisiko menjejaskan sistem antarabangsa.

“Ini berasaskan peraturan yang menjadi sandaran kepada keamanan dan keselamatan global. Eskalasi lanjut hanya akan memburukkan lagi ketidakstabilan dan meletakkan nyawa orang awam pada risiko yang lebih besar,” katanya.

Oleh itu, ujar beliau, semua pihak mesti mengamalkan tahap pengekangan yang maksimum dan menahan diri daripada tindakan yang boleh meluaskan konflik.

“Keselamatan yang berkekalan tidak dapat dicapai melalui langkah ketenteraan unilateral, tetapi melalui dialog yang berterusan, penglibatan diplomatik, serta penghormatan penuh terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan penyelesaian pertikaian secara aman,” katanya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16