Hanya hukuman berat dapat beri pengajaran terhadap pihak hina Islam

KUANTAN – Hukuman berat dan tegas dengan tujuan memberi pengajaran perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah menghina Allah, Rasul dan al-Quran.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.

Beliau berkata, bentuk hukuman perlu berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan dilaksanakan tanpa sebarang kompromi.

“Sudah tiba masanya untuk kerajaan memberi hukum berat kepada mereka yang menghina Allah, Rasulullah dan al-Quran.

“Selama 69 tahun bangsa Melayu-Muslim telah menunjukkan keindahan Islam tanpa menganggu gugat sembahan agama lain,” tegasnya.

Terdahulu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah secara tegas mengingatkan bahawa sebarang perbuatan menghina Islam, mencabar kesuciannya atau menyemai kebencian terhadap agama Allah tidak boleh dipandang ringan.

Baginda bertitah, tindakan setimpal perlu dikenakan terhadap pihak terlibat mengikut peruntukan undang-undang negara.

“Islam sebagai agama Persekutuan mempunyai kedudukan yang istimewa dan wajib dihormati oleh semua pihak.

“Justeru, sebarang bentuk provokasi, penghinaan atau tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama perlu ditangani secara tegas serta berlandaskan prinsip keadilan,”

Baginda bertitah demikian dalam satu hantaran di laman rasmi Kesultanan Pahang pada Sabtu.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali