Masjid, surau Pahang buat solat hajat khusus untuk Timur Tengah

KUANTAN – Seluruh masjid dan surau di Pahang dipohon mengadakan solat hajat khusus bagi mendoakan keselamatan negara-negara Islam – khususnya di Timur Tengah – serta memohon perlindungan terhadap rakyat Malaysia yang berada di sana.

Perkara itu dimaklumkan Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, dengan menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Solat hajat tersebut hendaklah dilaksanakan pada hari berkenaan selepas solat Isyak dan sebelum solat tarawih,” katanya, lapor Sinar Harian.

Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan siri serangan ke atas Iran sejak semalam, termasuk di Tehran, dengan laporan kematian orang awam.

Susulan itu, Iran melaksanakan serangan balas peluru berpandu ke wilayah Israel serta ke kemudahan tentera AS di Timur Tengah.

Akibat serangan itu, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa pegawai kanan negara itu dilaporkan terkorban.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16