Mahasiswa perlu tinggalkan cara lama, kuasai ilmu baharu – PM

PUTRAJAYA – Mahasiswa perlu berani melakukan anjakan pemikiran dengan menyesuaikan diri terhadap perubahan pesat dunia pendidikan serta menguasai ilmu dan kemahiran baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, landskap pendidikan kini berdepan cabaran luar biasa yang menuntut generasi muda meninggalkan pendekatan lama serta tidak lagi selesa dengan kaedah berfikir dan bekerja yang ketinggalan zaman.

Anwar berkata, era pendidikan masa kini digerakkan oleh transformasi digital dan perkembangan teknologi yang pantas, sekali gus mewujudkan persaingan lebih sengit berbanding sebelum ini.

“Umumnya zaman ini, zaman yang sangat mencabar. Persaingan yang terlalu kencang dan perubahan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kalau mahu maju, kita harus terima keadaan… tidak boleh (berada) pada tahap yang lama, (termasuk) cara berfikir, cara bekerja,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perubahan itu tidak akan berhasil sekiranya hanya difahami pelajar tanpa sokongan serta penerimaan daripada guru dan perancang dasar pendidikan.

“Itu (perubahan) kalau hanya dihadam oleh pelajar tetapi tidak diterima oleh guru atau perancang pendidikan, ia tidak akan berhasil dan akan menutup semua usaha secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa keamanan negara tidak boleh ditakrifkan sekadar mengekalkan keadaan sedia ada, sebaliknya memerlukan dukungan menyeluruh serta rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan rakyat.

Katanya, walaupun aspek keselamatan digalas pasukan tentera, polis dan anggota keselamatan, kestabilan negara hanya dapat dipertahankan melalui komitmen kolektif masyarakat.

“Perbezaan itu bukan semestinya mengundang kebencian. Jika timbul perselisihan, ia seharusnya ditangani dengan semangat taaruf iaitu usaha untuk saling mengenali dan memahami, bukannya bermusuhan,” katanya.

Majlis berbuka puasa itu dihadiri lebih 300 warga kedua-dua kementerian termasuk pelajar Institut Pendidikan Guru dan diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak serta Tarawih.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit