e-Filing tahun taksiran 2025 dibuka mulai esok – LHDN

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan e-Filing bagi pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2025 dan Tahun Taksiran 2025 mula dibuka esok kepada pembayar cukai individu serta bukan individu.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa nombor kad pengenalan kini ditetapkan sebagai nombor pengenalan rasmi bagi pemegang MyKad, MyPR dan MyKAS untuk semua urusan percukaian, termasuk akses ke portal MyTax.

LHDN berkata, anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang sebelum ini menggunakan nombor tentera atau nombor polis bagi tujuan log masuk ke portal MyTax perlu membuat pendaftaran semula sijil digital individu dengan menggunakan nombor kad pengenalan awam.

“Pilih nombor MyKad/MyPR/MyKAS dan input nombor kad pengenalan sewaktu log masuk dan ikut arahan selanjutnya di skrin,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu, LHDN menggalakkan pembayar cukai memanfaatkan perkhidmatan e-Filing menerusi portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi LHDN https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

“Ejen cukai pula hendaklah menggunakan platform Tax Agent e-filing System (TAeF) yang boleh diakses melalui portal MyTax untuk tujuan berkenaan.

Pembayar cukai hendaklah memastikan mereka mempunyai peranan di MyTax yang berkaitan bagi membolehkan pengemukaan BN melalui e-Filing,” katanya.

LHDN turut mengingatkan bahawa kegagalan mengemukakan BN serta melaporkan pendapatan sebenar dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan diambil di bawah subseksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Pembayar cukai dinasihatkan membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2025,” katanya.

Related Posts

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan diterima Pertubuhan Ikon Malaysia merupakan bukti perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu masyarakat tetap mempunyai nilai meskipun bermula tanpa dana besar dan publisiti. Pengasasnya, Datuk Normaziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PUTRAJAYA – PKR tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu. Ia sekali gus, menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah