PGA serbu kilang sisa plastik haram di Sungkai, rampasan lebih RM5 juta

TAPAH – Kegiatan pemprosesan sisa plastik tanpa kelulusan pihak berkuasa terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Taring Alpha 5 di Sungkai, Rabu lalu, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM5 juta.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, serbuan kira-kira jam 10 pagi itu dilaksanakan hasil risikan Cawangan Risik Batalion 3 Briged Utara dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak.

Menurutnya, operasi tersebut membawa kepada penahanan seorang wanita tempatan berusia 30-an yang dipercayai bertugas sebagai kerani serta 11 lelaki warga Bangladesh berusia antara 23 hingga 55 tahun yang disyaki pekerja di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut telah memasang dan mengendalikan beberapa fasiliti pemprosesan plastik tanpa membuat notifikasi serta tanpa kelulusan daripada pihak JAS.

“Turut ditemui sejumlah besar longgokan plastik sama ada yang belum diproses mahupun yang telah siap diproses,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas pelbagai fasiliti dan mesin yang digunakan untuk memproses plastik buangan serta 11 unit telefon bimbit pelbagai jenama, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM5.01 juta.

Siasatan awal mendapati premis itu dipercayai telah beroperasi lebih enam tahun dan memperoleh bekalan sisa plastik dari sekitar Lembah Klang.

Kes diserahkan kepada JAS Negeri Perak untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 11 warga Bangladesh yang ditahan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Operasi bersepadu itu turut mendapat kerjasama Majlis Daerah Batang Padang serta Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah.

Related Posts

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

KUCHING – Insiden khianat membaling api dan membakar kedai serbaneka di Sarawak disahkan berpunca daripada perebutan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penjualan tambah nilai (top-up) bagi perjudian dalam talian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar