Isu tular: Batu Tanam Demong sudah diwarta sejak 2022

SARATOK – Jabatan Muzium Sarawak (JMS) tampil menjelaskan bahawa monumen bersejarah, Batu Tanam Demong di Ulu Krian di sini telah pun diwartakan sebagai tapak warisan negeri sejak 21 Mac 2022.

Pencerahan tersebut dibuat susulan isu yang tular di media sosial, selain laporan sebuah akhbar bertarikh 22 Februari lalu berhubung status monumen berkenaan.

JMS dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pihaknya mengambil maklum mengenai isu yang dibangkitkan dan telah mengambil langkah proaktif bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Untuk rekod, monumen tersebut telah diwartakan secara rasmi pada 21 Mac 2022 di bawah Ordinan Warisan Sarawak 2019 (Sarawak Heritage Ordinance 2019),” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak jabatan telah menghubungi pemilik akaun media sosial terbabit bagi mendapatkan maklumat sahih berhubung dakwaan yang ditularkan.

Tambahnya, satu sesi pertemuan bersama Tuai Rumah dan wakil komuniti setempat turut diadakan pada Khamis bagi merungkai dan membincangkan perkara tersebut dengan lebih terperinci.

Dalam masa sama, JMS turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan orang ramai terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah di negeri ini.

“Kami komited untuk memastikan hanya maklumat yang sahih serta tepat disampaikan kepada umum.

“Proses semakan dan penyelarasan fakta akan terus diperkukuh bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berulang pada masa hadapan,” tegas jabatan itu.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri