KKM lancar operasi keselamatan makanan bazar Ramadan di seluruh Sarawak

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, hari ini melancarkan Program Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Negeri Sarawak.

Menurut beliau, pelaksanaan program ini bertujuan memastikan keselamatan makanan terjaga serta pengendali makanan mematuhi prosedur dan standard kebersihan yang ditetapkan.

“Daripada 2,544 premis bazar Ramadan pada 2025, sebahagian dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Kita mahu semua pengendali makanan menjalani latihan dan mendapatkan vaksin anti-tifoid bagi melindungi pembeli,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam operasi tahun lepas, seramai 6,398 pengendali makanan diperiksa, di mana 98 peratus telah menghadiri kursus keselamatan makanan dan 97 peratus memperoleh vaksinasi.

“Vaksin ini perlu diperbaharui setiap tiga tahun bagi memastikan pengendali dan makanan kekal selamat,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke tapak Bazaar Setia Raja hari ini.

Hanifah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengadakan 28 sesi latihan kebersihan melibatkan 3,375 gerai di 60 tapak bazar seluruh negeri pada tahun ini.

Tambahnya, pemeriksaan turut merangkumi premis penyediaan makanan termasuk kilang ais, restoran dan hotel.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan pengendali makanan yang kurang sihat digalakkan digantikan rakan sekerja atau ahli keluarga supaya keselamatan makanan tetap terjamin.

Selain itu, Hanifah juga mengingatkan orang ramai supaya mengutamakan keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan dengan memastikan kenderaan dalam keadaan baik, cukup rehat sebelum memandu, serta berhati-hati memandu ketika hujan.

Turut berlangsung, Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Mukah dan program agihan 1000 pax bubur lambuk kepada masyarakat sekitar.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine; Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah; Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias; Timbalan Residen Mukah, Shafrie Saili, dan Pegawai Daerah Mukah, Paleadzman Ahip.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos