89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 109 112 101 110 103 101 114 117 115 105 107 97 110 32 109 101 115 121 117 97 114 97 116 32 98 101 114 115 97 109 97 32 71 111 111 103 108 101 32 115 101 99 97 114 97 32 97 116 97 115 32 116 97 108 105 97 110 32 100 105 32 80 101 114 100 97 110 97 32 80 117 116 114 97 46 32 50 54 32 70 101 98 114 117 97 114 105 32 50 48 50 54 46 32 65 77 73 82
KUALA LUMPUR – Pembangunan pusat data sulung Google di Malaysia dijangka memberi sumbangan ekonomi bernilai AS$3.2 bilion (RM12.43 bilion) serta mewujudkan kira-kira 26,500 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pusat data berkenaan yang sedang dibangunkan di Taman Perniagaan Elmina (EBP), Selangor, merupakan sebahagian daripada pelaburan strategik Google bernilai AS$2 bilion (RM7.06 bilion) yang diumumkan pada Mei 2024.
Menurut beliau, pelaksanaan projek tersebut menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dan kini berada pada tahap yang melebihi unjuran awal.
Perkara itu dimaklumkan kepadanya dalam satu sesi panggilan sidang video bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet & Google, Ruth Porat, serta pasukan pengurusan syarikat berkenaan.
“Pagi ini saya mengadakan panggilan sidang video bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet & Google, Ruth Porat, serta pasukannya.
“Antara yang dibicarakan ialah perkembangan pelaburan AS$2 bilion oleh Google di Malaysia yang diumumkan pada Mei 2024.
“Alhamdulillah, saya dimaklumkan pelaburan ini bergerak dengan kemajuan yang memberangsangkan, malah melangkaui jangkaan awal,” katanya menerusi Facebook hari ini.



