Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah untuk waris 5 mangsa maut kebakaran

RAUB – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada waris lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Dong, di sini, awal pagi tadi.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan dukacita atas kejadian berkenaan dan berharap seluruh ahli keluarga kesemua mangsa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah SWT.

“Baginda berdua turut mendoakan semoga roh semua mangsa meninggal dunia dalam bulan Ramadan yang mulia ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang dikasihi,” lapor Bernama.

Hantaran itu dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan ini.

“Insya-Allah, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan sewajarnya serta memastikan kebajikan keluarga mangsa diberikan perhatian sepenuhnya,” katanya seperti dipetik dari Berita Harian.

Tragedi menyayat hati itu mengorbankan lima sekeluarga terdiri daripada Mohd Alawi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka, iaitu Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos