Tindakan pelajar UMPSA hina Islam mengecewakan – Wan Rosdy

KUANTAN – Tindakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang dikaitkan dengan perbuatan menghina kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan kesucian al-Quran, mendukacitakan umat Islam kerana dilakukan dalam bulan Ramadan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja amat mendukacitakan, malah lebih sensitif apabila ia berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia,” katanya menerusi satu kenyataan.

Wan Rosdy berkata, sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama tidak boleh dipandang ringan kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan, menjejaskan keharmonian serta merosakkan asas perpaduan yang telah lama dibina dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Justeru, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta pihak UMPSA untuk menjalankan siasatan dan menguruskan kes ini secara menyeluruh, telus dan berlandaskan undang-undang.

“Saya juga menasihatkan orang ramai, khususnya golongan muda agar sentiasa berfikir panjang dan berhati-hati dalam setiap tindakan serta perkongsian, terutama di ruang awam dan media sosial,” katanya.

Related Posts

Warga emas tinggal sehelai sepinggang lepas kediaman terbakar

KUANTAN – Seorang warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Baru Cendering di sini malam tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lafaz ikrar bukan sekadar rutin, gimik – Kasim

KOTA KINABALU – Lafaz ikrar mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) bukan sekadar acara rutin atau gimik bagi memenuhi jadual Minggu Suai Mesra, sebaliknya menjadi kontrak moral, sosial dan undang-undang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga emas tinggal sehelai sepinggang lepas kediaman terbakar

Warga emas tinggal sehelai sepinggang lepas kediaman terbakar

Lafaz ikrar bukan sekadar rutin, gimik – Kasim

Lafaz ikrar bukan sekadar rutin, gimik – Kasim

Mahasiswa perlu manfaat AI secara beretika – Kasim

Mahasiswa perlu manfaat AI secara beretika – Kasim

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai