Juru X-ray wanita ditemukan lemas di Sungai Kedah

ALOR SETAR – Seorang juru X-ray sebuah klinik kesihatan ditemukan terapung di Sungai Kedah, di sini pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita di dalam sungai tersebut kira-kira pukul 8.27 pagi tadi.

“Hasil siasatan di tempat kejadian dan tubuh si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, bapa si mati memaklumkan kali terakhir bersama anaknya itu adalah kira-kira pukul 7.31 malam semalam iaitu ketika mereka berbuka puasa bersama.

“Si mati merupakan seorang ibu tunggal iaitu bercerai sejak 2023 dan mempunyai tiga anak lelaki yang kini dijaga oleh bekas suami di Kulim.

“Wanita itu bekerja sebagai juru X-ray di sebuah klinik kesihatan. Menurut waris, si mati mempunyai sejarah penyakit mental dan masih menerima rawatan di hospital sehingga kini, ” ujarnya.

Tambahnya, proses bedah siasat dijangka dijalankan pada petang ini atau selewat-lewatnya pagi esok.

Related Posts

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperluas usaha memartabatkan makanan tradisional Sabah dengan memperkenalkan pendekatan psikologi dan Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) bagi meningkatkan kesedaran serta sikap positif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan