MCMC, PDRM diarah ambil tindakan tegas isu kandungan hina al-Quran – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengarahkan tindakan tegas dan siasatan segera dijalankan susulan penyebaran kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan penyelarasan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan di Facebook berkata, tindakan berkenaan penting bagi memastikan undang-undang dikuatkuasakan tanpa kompromi.

“Perbuatan tersebut disifatkan sebagai tindakan biadab, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kerajaan menegaskan bahawa sebarang perlakuan yang menyentuh sensitiviti agama serta mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali dan akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Insiden itu sebelum ini mencetuskan reaksi meluas dalam kalangan pengguna media sosial selepas seorang individu memuat naik gambar memijak al-Quran di Threads sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Individu terbabit yang didakwa merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kemudiannya memohon maaf atas perbuatannya memuat naik kandungan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina agama Islam menerusi hantaran di media sosial yang tular sejak semalam.

Beliau berkata, pelajar berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.

Pada masa sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, memberi jaminan bahawa insiden tersebut akan ditangani dengan segera memandangkan perbuatan sedemikian boleh menimbulkan kegusaran masyarakat, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan di luar batas undang-undang terhadap pelajar terbabit.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana