Konservator Hutan Sabah baharu ambil alih tugas

SANDAKAN – Majlis Amanat dan Penyerahan Tugas Ketua Konservator Hutan Sabah menyaksikan penyerahan Nota Serah Tugas oleh Datuk Frederick Kugan kepada Zulkifli Suara yang dilantik sebagai Ketua Konservator Hutan Sabah yang baharu.

Majlis berkenaan telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah di sini pada Selasa, dengan kehadiran lebih 200 pegawai dari seluruh negeri.

Penyerahan itu menandakan peralihan kepimpinan yang teratur dan profesional selaras dengan amalan tadbir urus terbaik dalam perkhidmatan awam.

Dalam amanat terakhirnya, Frederick merakamkan penghargaan kepada seluruh warga jabatan atas sokongan, kerjasama serta komitmen sepanjang enam tahun beliau menerajui jabatan tersebut.

Frederick berkata kejayaan dan pencapaian jabatan merupakan hasil usaha kolektif kakitangan di semua peringkat, termasuk petugas lapangan yang menjadi tulang belakang pengurusan sumber hutan negeri.

Sementara itu, dalam amanat sulungnya, Zulkifli menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan serta mengharapkan komitmen berterusan warga jabatan bagi meneruskan agenda pengurusan hutan secara lestari dan memperkukuh tadbir urus jabatan.

Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada Frederick atas perkhidmatan selama 39 tahun dalam jabatan itu serta sumbangan beliau dalam memacu kecemerlangan sektor perhutanan negeri di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis berkenaan mencerminkan kesinambungan kepimpinan serta komitmen berterusan jabatan dalam memastikan khazanah hutan Sabah terus diurus secara mampan.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan