Penjawat awam rugi lebih RM400,000 terjerat pelaburan dalam talian

SIBU – Seorang penjawat awam wanita berusia lingkungan 30-an kerugian RM404,045 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud. Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Boniface Bajai, berkata mangsa tampil membuat laporan polis pada Selasa selepas menyedari pelaburan yang disertainya sejak Oktober 2025 sebenarnya adalah satu penipuan.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Menurutnya, mangsa pada awalnya tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook yang menggunakan nama “ABS (Akademi Pelaburan Saham ABS)” serta satu aplikasi dikenali sebagai “Astute”. Mangsa kemudian dihubungi melalui Messenger sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dinamakan “P-1-ABS”.

Dalam kumpulan tersebut, seorang wanita yang mendakwa sebagai pembantu kepada seorang ‘guru pelaburan’ memberikan panduan serta cadangan pembelian saham. Bagi meyakinkan mangsa, suspek turut memulangkan 80 peratus daripada kerugian awal berjumlah RM515.20, sekali gus meningkatkan keyakinan mangsa terhadap skim berkenaan.

Mangsa seterusnya diminta membuka akaun pelaburan melalui aplikasi berkenaan sebelum melakukan 18 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun syarikat berbeza dengan jumlah keseluruhan RM404,045.

Bagaimanapun, mangsa mula berasa curiga apabila diminta menjelaskan bayaran tambahan sebanyak 20 peratus daripada keuntungan sebagai syarat untuk mengeluarkan dividen, namun wang tersebut sehingga kini gagal dikeluarkan.

Sehubungan itu, Boniface menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Orang awam digesa membuat semakan melalui laman web Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau menggunakan aplikasi Investment Checker, selain menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi mendapatkan bantuan segera.

Related Posts

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib mengumumkan, peruntukan khas RM50,000 bagi menjayakan kelas tuisyen percuma dan sumbangan gajet pintar kepada pelajar di Parlimen Mukah pada Jumaat. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

SHAH ALAM – Selangor mencatat perkembangan positif dalam pengurusan bekalan air apabila negeri itu tidak mengalami gangguan air berskala besar sejak tahun lalu susulan pelaksanaan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam