Solat Jumaat tidak sah, jemaah diarah qada solat Zuhur

KUCHING – Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma pada 2 Januari dan 13 Februari lalu diarahkan menggantikan (Qada) solat Zuhur selepas khutbah didapati tidak sah kerana khatib tidak duduk di antara dua khutbah.

Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Ahmad Sukarno Saini berkata Sahibul Samahah Mufti Sarawak berpandangan perbuatan tidak duduk di antara dua khutbah sama ada sengaja atau terlupa menyebabkan khutbah tersebut tidak sah.

Menurutnya, ketidaksempurnaan rukun khutbah itu secara langsung menjejaskan kesahan solat Jumaat yang dilaksanakan pada tarikh berkenaan.

“Oleh itu, solat Jumaat yang telah dilaksanakan pada 2 Januari 2026 dan 13 Februari 2026 adalah tidak sah dan para jemaah hendaklah mengqada’ solat tersebut dengan mendirikan solat Zuhur,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pada masa sama, pihak Jabatan Mufti Sarawak menegaskan bahawa semua khatib perlu memberi perhatian serius terhadap rukun dan syarat khutbah Jumaat bagi memastikan kesahan ibadah tersebut.

Jabatan itu turut menasihatkan agar khatib memperkemaskan kefahaman serta penguasaan ilmu berkaitan bagi mengelakkan kekeliruan atau isu kesahan solat Jumaat pada masa hadapan.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi