Satu jam pertama lepas Subuh penting untuk bina kekuatan semangat

KUANTAN – Kedatangan bulan Ramadan bukan bermaksud segala aktiviti biasa dilakukan pada bulan sebelumnya perlu ‘terhenti’ dengan menggunakan alasan puasa itu.

Banyak aktiviti – terutama membabitkan kecergasan fizikal – masih boleh diteruskan dengan had tertentu, berdasarkan kemampuan atau ketahanan tubuh kita.

Namun paling penting adalah apa yang kita lakukan pada satu jam pertama selepas solat Subuh, menentukan tahap kecergasan kita untuk sepanjang hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, ada antara kita memilih untuk tidur sekejap – selepas selesai solat Subuh – sebelum meneruskan hari mereka.

“Kalau boleh, jadikan kebiasaan untuk kita mandi – sama ada sebelum atau selepas – solat Subuh.

“Ini kerana ia akan memberi lonjakan terhadap sistem badan kita menjadi lebih sihat dan segar,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau yang juga pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Pekan, turut menjelaskan bahawa amalan tidur selepas waktu Subuh boleh menjadi asbab kepada tertutupnya banyak pintu rezeki.

“Kebiasaan itu (tidur selepas Subuh) akan membuatkan badan kita jadi lemah atau lemau. Kalau penat sangat dan perlu juga berehat, pilihlah masa selepas waktu Syuruk atau selepas jam 7 pagi.

“Dan sebaiknya, isi masa satu jam sesudah menunaikan solat Subuh dengan membaca al-Quran, kerana ia boleh membantu mencergaskan otak kita di samping pahala berganda sepanjang Ramadan,” katanya.

Ahmad Irshadi memaklumkan, hal berkaitan amalan membaca al-Quran itu tidak hanya terhad kepada waktu tertentu, tapi amat digalakkan kerana ia menjadi ‘makanan kepada hati’ kita.

“Bagi bacaan al-Quran, zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW ini, kalau nak baca sendiri lagi afdal… namun boleh juga kita pasang dan dengar saja menerusi peranti digital dengan niat menjadikan ia sebagai ‘santapan hati’.

“Amalan ini dapat memberi kekuatan kepada jiwa dan Insya-Allah… kita dapat menjalani rutin harian dengan lebih tenang dan bertenaga,” katanya.

Related Posts

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

IPOH – Pemandu kereta yang dipercayai menjadi punca kemalangan mengorbankan dua remaja perempuan di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, petang Ahad, didapati positif dadah jenis benzodiazepine. Ketua Polis Daerah Hilir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jangan belunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

‘Jangan belunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan