Inisiatif perubahan iklim perlu keazaman pemimpin – Abang Johari

KUCHING – Inisiatif perubahan iklim sememangnya memerlukan keazaman pemimpin terutama dalam mengutamakan matlamat jangka panjang.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata matlamat jangka panjang Sarawak adalah merangkul kelestarian.

“Sarawak sudah pun menetapkan sasaran pengurangan pelepasan gas karbon serta memastikan segala peraturan selaras protokol Kyoto, Paris dan Dubai,” ujar beliau.

Bagaimanapun, ujar beliau lagi, matlamat ini memerlukan kepemimpinan yang kuat dalam usaha menangani krisis iklim.

“Kepemimpinan yang kuat adalah lebih memikirkan jangka masa panjang berbanding jangka pendek serta mengeimbangi matlamat ekonomi, alam sekitar dan sosial,” jelas beliau lagi.

Beliau menegaskan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 mengubah Sarawak kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

“Ini termasuk pengembangan infrastruktur digital dan promosi teknologi hijau, memastikan kemajuan sampai dan memberi manfaat kepada semua komuniti,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama beliau di Persidangan APPEC 2024 yang dianjurkan oleh S&P Global yang diadakan di Raffles City Convention Centre, Singapura, pada Isnin.

Abang Johari menegaskan lagi pertumbuhan ekonomi perlu selaras dengan perlindungan alam sekitar.

“Sarawak memanfaatkan peluang ekonomi dengan memberi tumpuan kepada matlamat global seperti tenaga hijau dan pembangunan mampan,” jelas beliau.

Beliau turut berkata Sarawak menggubal undang-undang perubahan iklim pertama negara, yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2024, yang mewajibkan sektor tenaga dan minyak serta gas untuk mengemukakan laporan pelepasan gas.

“Usaha Sarawak turut diperluaskan dengan Laporan Kemampanan tahunan untuk menjejaki sumbangan sektor awam terhadap inisiatif hijau dan membina kepercayaan dengan rakyat serta rakan antarabangsa,” kata beliau lagi.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik