Tun Juhar rasmi Masjid Daerah Tungku

LAHAD DATU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni berkenan merasmikan Masjid Daerah Tungku, di sini, pada Isnin.

Masjid berkenaan dibina di atas tanah berkeluasan dua ekar yang diwakafkan Allahyarham Abirin Aplasin pada 2019 dan kini telah digunakan sepenuhnya.

Pembinaan Masjid dengan ukuran keluasan 7,200 kaki persegi berkonsepkan ‘Islamic Vernacular’ dua tingkat itu mampu menampung sehingga 800 jemaah.

Dalam majlis itu, Yayasan Nur Jauhar turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 100 penerima asnaf, warga emas, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

Turut disampaikan sumbangan daripada pihak Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah berupa wang tunai RM20,000 kepada Masjid Daerah Tungku dan Kelas Bimbingan Saudara Kita Tungku (KBSK).

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil