Lelaki cedera parah diserang beruang ketika memikat burung

GUA MUSANG – Seorang lelaki parah selepas diserang seekor beruang ketika melakukan aktiviti memikat burung di hutan berhampiran Kampung Dalam Senduk di Jerek dekat sini pada Ahad.

Mangsa, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, mengalami luka di bahagian kaki dan kepala akibat cakaran haiwan liar terbabit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, pada jam 9.57 malam pihaknya telah menerima aduan daripada seorang lelaki memaklumkan anak lelakinya telah diserang haiwan liar.

“Mangsa didapati tidak sedarkan diri akibat kecederaan yang dialami sebelum lelaki terbabit dibawa ke Klinik Jerek untuk mendapatkan rawatan dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Pegawai perubatan telah mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka akibat dicakar haiwan liar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, lelaki berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) bagi tindakan lanjut.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah ke lokasi kejadian untuk mengenalpasti haiwan terlibat dan memasang perangkap.

“Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika keluar bekerja dan bergerak secara berkumpulan bagi mengelak diserang haiwan liar,” katanya

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Fahmi sangkal PRU16 hujung tahun ini

Fahmi sangkal PRU16 hujung tahun ini

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan