Projek PPP pacu ekonomi, rancak peluang pekerjaan di Selangor

EKONOMI Selangor terus dipacu berikutan kerancakan pelaksanaan projek kerjasama awam-swasta (PPP) di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rakyat Selangor turut menerima tempias dengan pelbagai peluang kerja yang boleh direbut hasil pelaksanaan projek tersebut.

Jelasnya, ia termasuk projek yang membawa manfaat signifikan antaranya Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Shah Alam-Ulu Kelang, Lebuhraya Damasara-Shah Alam dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai.

Projek lain katanya, Balai Bomba Kinrara, sistem e-tanah, tapak pelupusan sanitari Bukit Tagar, Universiti Teknologi MARA Puncak Alam dan Dengkil serta pelabuhan Barat dan Utara.

“Projek PPP ini bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Selangor dengan menambah baik kemudahan infrastruktur utama, malah memberi manfaat sosial yang signifikan.

“Contohnya, projek pembesaran terminal kontena C10 hingga C17 di Pelabuhan Barat dengan impak ekonomi RM55 bilion serta menyumbang RM19 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2030 di Sepang hari ini, yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan tatakelola dan pengurusan projek awam-swasta.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, projek itu akan membuka 6,000 peluang pekerjaan sepenuh masa dan kesan limpahan ekonomi serta sosial bakal dinikmati rakyat keseluruhannya.

PIKAS diperkenal untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi dan menguruskan cabaran fiskal, dengan menyediakan landskap kerjasama awam-swasta yang teguh serta mampan untuk kesejahteraan negara.

Dijangka meningkatkan pelaburan swasta kepada RM78 bilion, pelan itu kesinambungan dasar dan garis panduan kerjasama awam-swasta sedia ada yang diberi nilai tambah, dengan hala tuju lebih jelas.

Merangkumi empat teras dan 17 inisiatif strategik, PIKAS juga bakal mencipta 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030 dan menjana sumbangan ekonomi sebanyak RM82 bilion.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta