Bazar Ramadan Saratok 2026 meriah dengan penyertaan 140 peniaga

SARATOK – Bazar Ramadan Saratok 2026 terus menjadi tumpuan warga setempat apabila seramai 140 penjaja tempatan mengambil bahagian sepanjang bulan Ramadan tahun ini, sekali gus menyemarakkan suasana bulan yang penuh keberkatan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohammad Duri berkata, bazar tahunan tersebut bukan sekadar lokasi jual beli juadah berbuka puasa, malah berperanan sebagai pemangkin ekonomi bagi peniaga kecil dan sederhana di daerah ini.

“Penyertaan 140 penjaja pada tahun ini membuktikan bazar ini terus mendapat kepercayaan serta sokongan peniaga tempatan”.

“Ia bukan sahaja membantu mereka menambah pendapatan, tetapi turut merancakkan ekonomi setempat sepanjang Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Bazar Ramadan Saratok 2026 pada Isnin.

Beliau turut menyifatkan bazar berkenaan sebagai medan penyatuan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni.

“Kita dapat melihat masyarakat Melayu, Iban, Cina, Bidayuh dan lain-lain bersama-sama mengunjungi bazar ini. Inilah gambaran sebenar perpaduan yang menjadi kekuatan Saratok,” ujarnya.

Sejurus selesai majlis perasmian, beliau meluangkan masa melawat setiap gerai, beramah mesra dengan para penjaja serta meninjau sambutan orang ramai terhadap pelbagai juadah yang ditawarkan, yang merangkumi hidangan tradisional dan moden.

Penganjuran kali ini turut menyediakan satu petak khas zakat bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan sepanjang Ramadan, sekali gus menambah pengisian rohani di samping aktiviti ekonomi yang rancak.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid; Setiausaha Majlis Daerah Saratok, Mccrea Joseph Pererra; Pegawai Kesihatan Bahagian Betong, Dr Mohamad Norhaizam Ahmad @ Narawi; Ahli-Ahli Majlis Daerah Saratok serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Saratok.

Related Posts

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC