Gerakan koperasi cetus jaringan sosial, rancak ekonomi

KUANTAN – Program Ihya’ Ramadan anjuran gerakan koperasi Pahang menjadi platform penting dalam mengukuhkan jenama koperasi di negeri ini.

Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, menerusi program itu, ahli gerakan koperasi dapat berkumpul dan seterusnya turun padang menyantuni komuniti.

Katanya, penganjuran program di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) adalah sangat bertepatan memandangkan lokasi itu menjadi pilihan ramai setiap kali bulan Ramadan.

“Seperti kita sedia maklum di padang MBK 1 ini boleh dikatakan ‘port’ utama warga Kuantan berkumpul bersama keluarga untuk berbuka puasa.

“Ini bermakna, gerakan koperasi boleh menyampaikan maklumat lebih berkesan mengenai produk koperasi apabila bersama dengan penduduk sekitar Kuantan yang berada di sini.

“Saya dimaklumkan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memang menjadikan program Ihya’ Ramadan sebagai acara tahunan mereka… dan hari ini kita turut disertai rakan koperasi dari Terengganu dan juga Melaka,” katanya.

Beliau turut berpandangan, program seumpama itu menunjukkan kerjasama rapat antara koperasi di seluruh Pahang.

Katanya, gerakan koperasi bukan hanya berperanan menjadi pencetus ekonomi setempat, tapi turut menyumbang kepada pendapatan negara.

“Paling penting melalui gerakan koperasi ini, menjadi penggerak kepada jaringan sosial,” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan