BN tidak campur pergolakan Bersatu, elak spekulasi jadi ‘penyelamat’ – Zambry

LUMUT – Barisan Nasional (BN) kekal dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan dalaman parti lain, termasuk isu pergolakan yang sedang melanda parti Bersatu.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, berkata pendirian itu diambil bagi mengelakkan sebarang spekulasi atau tanggapan bahawa gabungan tersebut cuba menjadi ‘penyelamat’ dalam kemelut yang berlaku.

Menurut beliau, BN berpandangan setiap parti wajar diberi ruang untuk menyelesaikan masalah dalaman mengikut acuan dan perancangan kepimpinan serta ahlinya sendiri.

“Di peringkat BN khususnya, kita tidak mahu dilihat masuk campur atau terlibat dalam apa jua yang sedang berlaku dalam parti berkenaan.

“Tidak wajar ketika mereka berada dalam keadaan berantakan sesama sendiri, kita tampil untuk melakukan langkah menyelamat. Berikan ruang kepada Bersatu untuk menyelesaikan isu mereka mengikut perancangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Santuni Pesakit Hospital Seri Manjung sempena Ramadan dan Tahun Baharu Cina 2026 di Hospital Seri Manjung, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Zambry turut menegaskan bahawa pendekatan sama diambil berhubung persoalan sama ada terdapat permohonan keahlian daripada bekas ahli Bersatu untuk menyertai UMNO.

“Kita tetap dengan pendekatan tidak mahu mencampuri masalah mereka. Biarlah mereka menyelesaikan perkara tersebut sesama mereka dalam mencari jalan penyelesaian,” ujarnya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017