Amirudin turun padang agih 6,000 bubur lambuk

DATUK Seri Amirudin Shari turun padang mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai sempena program Ramadan Kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.

Menteri Besar Selangor itu meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung selain menyertai edaran bubur lambuk di Aneka Walk yang menjadi lokasi pelancaran program itu tahun ini.

PKNS dalam kenyataan memaklumkan, program tradisi hampir 20 tahun itu menyaksikan sebanyak 6,000 bekas bubur lambuk diagihkan sepanjang Ramadan dengan peruntukan keseluruhan RM48,000 di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS.

“Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang awam khususnya di sekitar Bandaraya Shah Alam,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Hadir sama pada program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas dan Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail.

Selain itu, kehadiran barisan pemain Selangor FC mencuri tumpuan ramai apabila turut mengedarkan bubur lambuk kepada peminat sempena program berkenaan.

Antara yang hadir ialah Safuwan Baharudin, Faisal Halim, Harith Haiqal, Zikri Khalili dan Izwan Yuslan.

Selain bubur lambuk, PKNS turut menyampaikan sumbangan Bakul Ramadan Kasih bernilai RM10,000 kepada Yayasan Belia Malaysia yang bakal memanfaatkan 50 keluarga.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu