Padah ingkar undang-undang, 41 pemandu disaman

MUKAH – Sebanyak 41 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam OPS Pematuhan yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Mukah di beberapa lokasi utama sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata operasi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang semalam itu diketuai oleh Inspektor Mohd Rahmat Jalimin bersama empat anggota, dengan tumpuan di sekitar Bandar Mukah, Jalan Mukah-Balingian, Jalan Mukah-Selangau dan Jalan Sibu-Bintulu.

Menurutnya, sebanyak 118 kenderaan dan 112 individu telah diperiksa sepanjang operasi berkenaan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dilakukan termasuk mengabaikan isyarat lalu lintas, tiada lesen memandu, pengubahsuaian kenderaan, penggunaan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi, muatan berbahaya serta kegagalan memasang lampu pada waktu siang bagi motosikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Rizal, operasi tersebut merupakan usaha berterusan pihak polis dalam meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya serta memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

“Operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung pelanggaran undang-undang serta mengurangkan risiko kemalangan di daerah Mukah”, ujarnya lagi.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS