Peranan tentukan pentadbiran KL harus diberikan kepada rakyat

PUTRAJAYA – Penduduk Kuala Lumpur perlu diberi peranan menentukan pentadbiran bandar raya menerusi pilihan raya kerajaan tempatan yang kekal sebagai aspirasi yang penting dan sah bagi reformasi pentadbiran metropolitan.

CSO Platform for Reform berkata, cadangan untuk mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah langkah praktikal dan ia perlu dimulakan secara berfasa.

“Memandangkan pelaksanaan pilihan raya tempatan secara menyeluruh memerlukan reformasi undang-undang yang meluas, cadangan memperkenalkan pilihan raya Datuk Bandar khusus bagi Kuala Lumpur telah dibincangkan sebagai langkah pertama yang praktikal dan berperingkat.

“Perkara itu selaras dengan suara warga bandar raya berdasarkan pandangan beberapa Ahli Parlimen, orang politik dan bekas Datuk Bandar susulan cadangan pelaksanaan pilihan raya bagi memilih Datuk Bandar Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, CSO Platform for Reform berkata, pandangan terbabit dikemukakan dalam forum bertajuk ‘Datuk Bandar KL: Sudah Tiba Masanya Dipilih’ yang menghimpunkan pelbagai pemegang taruh daripada Ahli Parlimen hingga wakil masyarakat, pemimpin komuniti dan orang awam.

Katanya, kebanyakan wakil senada penduduk yang membayar cukai yang mahu mereka mempunyai peranan secara langsung dalam menentukan siapa akan menerajui pentadbiran sesebuah bandar raya.

“(Ahli Parlimen Setiawangsa) Nik Nazmi Nik Ahmad menekankan kepentingan untuk meneruskan kajian dan wacana awam yang konstruktif mengenai pemilihan Datuk Bandar sebagai sebahagian daripada reformasi tadbir urus bandar yang lebih menyeluruh.

“(Ahli Parlimen Seputeh) Teresa Kok menegaskan penduduk Kuala Lumpur wajar mempunyai suara langsung dalam memilih pemimpin yang membentuk kehidupan harian mereka serta menyeru penyertaan yang lebih luas khususnya dalam pembangunan tanah,” katanya.

Pada masa sama, ujarnya, Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan turut berkongsi pandangan pentadbiran mengenai keterbatasan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan menekankan keperluan kepada mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh.

“Sementara itu, Geetha Anbalagan daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan demokrasi tempatan bukan sekadar bersifat struktur tetapi berakar umbi dalam pembabitan dan perwakilan komuniti.

“Kesemua wakil bersetuju pentadbiran Kuala Lumpur memerlukan reformasi dan sebagai langkah permulaan, suatu bentuk pelantikan ahli majlis perlu dilaksanakan dengan pilihan raya kerajaan tempatan sebagai matlamat akhir,” katanya.

Related Posts

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, susulan banjir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez dan Irwan ditahan SPRM petang tadi, akan direman Khamis

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK