Jangan pacak rumah ibadat sesuka hati – PMX

KUALA LUMPUR — Tidak wajar untuk mana-mana pihak membina rumah ibadat di sebarang lokasi tanpa kelulusan yang sah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, setiap pembinaan adalah tertakluk kepada garis panduan tanah, faktor keselamatan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan.

Oleh itu, kata beliau, setiap kegiatan keagamaan termasuk pembinaan rumah ibadat perlu mematuhi lunas peraturan yang ditetapkan.

“Buatlah kuil beratus pun, tetapi ikut peraturan. Tak boleh pacak kuil berhala di mana-mana tempat sesuka hati.

“Ada yang jawab kata, ‘Oh surau di mana-mana boleh buat’. Tak betul,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan program Ihya Ramadan, pada Khamis.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Timbalannya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Anwar turut menolak dakwaan kononnya wujud layanan tidak adil terhadap agama tertentu dengan menjelaskan tindakan penguatkuasaan juga pernah dikenakan terhadap surau yang dibina tanpa kelulusan di beberapa negeri.

“Saya tahu dalam sejarah kita, surau di Selangor pernah dirobohkan, surau di Perak pernah dirobohkan kerana tidak mengikut peraturan. Jadi isu-isu ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik,” tegasnya.

Beliau menekankan Malaysia merupakan negara yang berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan sebarang pertikaian perlu diselesaikan melalui saluran sah termasuk mahkamah.

“Budaya menghukum atau memburukkan institusi sebelum siasatan lengkap, hanya akan merosakkan keharmonian masyarakat serta menjejaskan keselamatan negara.

“Kalau kita terus begini, negara takkan aman dan kita tak boleh tumpu kepada soal membangunkan negara,” ujarnya.

Dalam ucapan sama, Anwar menegaskan aktiviti dakwah tidak pernah disekat, namun ia tetap tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang.

“Kalau orang nak buat dakwah, nak kembangkan pengajaran, ikut peraturan. Buatlah. Kita tidak sekat sama sekali. Tetapi mesti ikut undang-undang,” katanya.

Pada Rabu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas khemah milik Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Bukit Bintang.

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau mendakwa DBKL memberi alasan khemah berkenaan menghalang laluan awam.

Bagaimanapun, DBKL dalam kenyataan susulan memaklumkan tindakan penguatkuasaan di Jalan Bukit Bintang berhadapan Bangunan Yayasan Selangor itu dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang selepas menunggu wakil MRM lebih 30 minit di lokasi.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan