Op Bersepadu: 3 peniaga Kunak dikompaun

KUNAK – Tiga peniaga di sekitar daerah Kunak dikenakan tindakan undang-undang dalam operasi penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna bersama Bahagian Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Daerah Kunak, pada Selasa.

Ketua Cawangan KPDN Semporna, Satunlucy Lamioh @ Lamidah berkata, dalam operasi sama, KKM turut mengeluarkan empat notis berasingan manakala Majlis Daerah Kunak mengeluarkan dua kompaun terhadap premis yang didapati melanggar peraturan.

“Pemeriksaan tertumpu kepada pasar raya, kedai runcit, restoran dan stesen minyak.

“Hasil operasi tersebut, tiga peniaga dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Timbang Sukat 1972, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Tegas Satulucy, KPDN akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang serta melindungi hak pengguna.

Beliau turut mengingatkan peniaga agar tidak melakukan penyelewengan keatas barang kawalan atau manipulasi harga.

“KPDN kekal komited memastikan kestabilan bekalan, pematuhan harga dan mewujudkan persekitaran perdagangan yang adil demi kesejahteraan pengguna.

“Sebarang aduan boleh disalurkan melalui saluran rasmi KPDN iaitu WhatsApp 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal eAduan KPDN dan talian Call Centre 1-800-886 800.

“Pengguna juga boleh memaklumkan melalui emel eaduan@kpdn.gov.my, aplikasi Ez ADU KPDN, Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6088 atau 03-8882 6245 serta melalui surat rasmi ke pejabat KPDN terdekat,” ujarnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan