Tugas banteras rasuah perlu dilaksana tanpa kompromi

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mahu amanat tegas baginda supaya memerangi rasuah dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah, integriti dan ketelusan pentadbiran adalah asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

“Usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

“Ini kerana integriti dan ketelusan pentadbiran adalah asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara,” titah baginda, lapor Bernama.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datin Paduka Hazlina Jalil dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali.

Pada pertemuan itu, Sultan Ibrahim juga dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa dan kemajuan pesat dicapai Johor oleh Onn Hafiz.

Related Posts

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

KUALA LUMPUR – Prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mencabar keputusan pendakwaan menghentikan prosiding kes rasuah Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ditangguhkan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar