RM262,000 disalur kepada 10 masjid dan 63 surau

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyeru umat Islam di daerah ini agar terus mengekalkan perpaduan dan tidak berpecah belah demi memastikan kekuatan komuniti sentiasa terpelihara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Outright Grant (OG) yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, hari ini.

Menurutnya, perpaduan merupakan asas penting dalam membentuk masyarakat Islam yang kukuh dan dihormati, khususnya di Limbang.

“Perbezaan pandangan adalah perkara biasa, namun jangan sampai ia membawa kepada perpecahan yang boleh melemahkan kita.

“Umat Islam perlu sentiasa berganding bahu, memperkukuh ukhuwah dan mengutamakan kepentingan bersama,” katanya.

Dalam majlis sama, beliau turut menyempurnakan penyerahan sumbangan berjumlah RM262,000 kepada institusi keagamaan di kawasan tersebut.

Menurutnya, peruntukan berkenaan diagihkan kepada 10 masjid dan 63 surau bagi membantu melancarkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan.

“Peruntukan ini adalah amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab.

“Gunakanlah ia dengan berhemah untuk pengisian program seperti majlis berbuka puasa, tadarus al-Quran, ceramah agama serta bantuan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Hasbi berkata, pengurusan kewangan yang telus dan terancang amat penting bagi memastikan setiap dana yang disalurkan memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat setempat.

Tambah beliau, Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk memperkukuh silaturahim serta menyemarakkan semangat kebajikan.

“Jika kita bersatu dan mengurus amanah dengan baik, insya-Allah umat Islam di Limbang akan terus kuat, dihormati dan mampu berdepan apa jua cabaran,” katanya.

  • Related Posts

    Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

    TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

    KUCHING – Insiden khianat membaling api dan membakar kedai serbaneka di Sarawak disahkan berpunca daripada perebutan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penjualan tambah nilai (top-up) bagi perjudian dalam talian.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

    Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

    Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

    Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

    Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

    Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

    RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

    RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

    Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

    Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

    Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

    Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar