Hak berhimpun terpakai kepada semua, termasuk Rafizi – Fahmi

JOHOR BAHRU – Hak untuk berhimpun adalah milik setiap rakyat Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa, sehingga kini parti belum mengadakan sebarang perbincangan dalaman berhubung penyertaan bekas Timbalan Presiden PKR itu dalam Himpunan Tangkap Azam Baki yang berlangsung di ibu negara, semalam.

“Dia (Rafizi) ada hak untuk melaksanakan apa yang dia rasa dia nak lakukan. Di bawah perlembagaan, rakyat Malaysia ada hak untuk berhimpun.

“Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Fadil Marsus) mengatakan dalam 150 hingga 200 orang hadir (himpunan) dan tidak berlaku apa-apa insiden yang mencemaskan atau pun mengganggu keselamatan, maka ia tidak menjadi isu.

“Kita (parti) belum bincang lagi, jadi saya rasa masih terlalu awal untuk saya sebut apa-apa. Saya rasa tidak jadi apa-apa isu dan kita serah pada parti juga jika ada apa-apa aduan. Setakat ini Setiausaha Agung parti (Dr Fuziah Salleh) belum maklumkan ada terima sebarang aduan,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Ramadan 2026 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI menjelaskan bahawa urusan siasatan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan yang telah ditubuhkan oleh Jemaah Menteri sebelum penganjuran himpunan tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan SPRM kebelakangan ini membuktikan ketegasan kerajaan dalam membanteras rasuah serta kegiatan kartel, termasuk penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram yang membawa kepada tangkapan serta rampasan berskala besar.

“Akhir-akhir ini, badan penguatkuasaan ambil tindakan yang sangat tegas terhadap perasuah, kumpulan kartel sama ada yang menyeludup dadah dan membanteras kegiatan cuci wang haram, jadi kita kena bagi kredit sewajarnya.

“Mana ada yang sempurna. Saya tidak sempurna, Perdana Menteri pun tak sempurna, Rafizi tak sempurna, Azam pun tak sempurna.

“Jadi, bulan Ramadan ini, kita diajar untuk bermuhasabah, saya harap semua akan bermuhasabah diri masing-masing,” katanya.

Related Posts

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS