Jalan 2 berpotensi jadi ‘Little Hong Kong Street’ jika sambutan positif diterima

SANDAKAN – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menganjurkan Jualan Tahun Baharu Cina di Jalan 2 bagi menilai sambutan masyarakat terhadap cadangan menganjurkan pasar malam secara tetap di kawasan itu, dengan matlamat menjadikannya sebagai ‘Little Hong Kong Street’.

Presiden MPS, Walter Kenson berkata, sekiranya sambutan daripada masyarakat positif, MPS akan mengazetkan kawasan itu sebagai pasar malam rasmi bagi setiap hujung minggu.

“Kami bersama Persatuan Chinese Chamber of Commerce, Persatuan Tionghoa Sandakan dan juga Ahli Parlimen Sandakan bergabung tenaga untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat bahawa kami serius dan bertekad menghidupkan semula aktiviti di pusat bandar Sandakan.

“Tidak dinafikan, persepsi luar mengatakan bandar Sandakan ‘mati’ sehingga digelar sebagai ‘bandar zombi’, namun saya positif dengan kerjasama Yang Berhormat (YB) Vivian Wong, Chinese Chamber dan Tionghoa, kita boleh berbincang dengan pemilik kedai untuk menyewakan lot-lot mereka sehingga waktu malam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui media selepas merasmikan Program Gerai Jualan Pasar Malam Sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Pintu Gerbang Sandakan, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Walter turut menyeru pemilik kedai di pusat bandar supaya membuka premis mereka atau menyewakannya bagi membolehkan seluruh kedai di kawasan itu aktif dengan aktiviti jualan.

“MPS telah membentuk jawatankuasa bersama pihak Chinese Chamber, Tionghoa dan Ahli Parlimen Sandakan bagi merangka strategi menjadikan kawasan itu sebagai Little Hong Kong Street pada masa depan.

“Rancangan awal ialah memulakan dengan beberapa unit kedai terpilih yang mencerminkan ciri dan suasana Little Hong Kong, sebelum diperluaskan kepada kedai-kedai lain secara berperingkat,” katanya.

Menurut Walter, hasil penilaian akan menentukan sama ada projek pasar malam ini akan diteruskan secara mingguan.

“Kami juga bercadang menggalakkan pasar malam sempena perayaan lain seperti Hari Raya dan menamakan kawasan lain mengikut tema budaya, contohnya Bugis Street atau Bajau Street, untuk menawarkan kepelbagaian kepada pelancong,” ujarnya.

Sebanyak 50 unit disediakan untuk peniaga selama dua hari jualan ini.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana