Op Selamat 2026: Polis seru utamakan keselamatan, sertai VSP

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Selamat 2026 sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi memastikan keselamatan orang ramai sepanjang musim perayaan, khususnya ketika pulang ke kampung halaman.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin berkata, sebanyak enam daerah yang dikenalpasti untuk difokuskan antaranya Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Ranau, Keningau dan Kota Kinabalu.

“Op Selamat dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya selain menjamin kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat sepanjang tempoh cuti perayaan.

“Sepanjang musim perayaan ini, kita menjangkakan pertambahan trafik yang ketara apabila orang ramai pulang ke kampung masing-masing.

“Jadi Op Selamat ini adalah untuk memastikan masyarakat yang balik kampung memastikan keselamatan semasa di jalan raya dan keselamatan rumah yang ditinggal,” katanya semasa sidang media pelancaran operasi itu sempena Tahun Baharu Cina di Jalan Tuaran byPass, di sini pada Sabtu.

Operasi berkenaan akan bermula 15 sehingga 20 Februari ini, dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) susulan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai turut diingatkan supaya melakukan pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Tambahnya, pemandu juga dinasihatkan supaya berehat secukupnya dan tidak memandu dalam keadaan mengantuk.

Dalam masa sama, Azhar turut menggalakkan masyarakat menyertai program Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan komuniti.

Tambahnya, orang ramai boleh memohon rondaan polis di kawasan kediaman masing-masing ketika bercuti selain mendapatkan maklumat berkaitan jenayah, kesalahan lalu lintas dan sebagainya untuk tindakan segera pihak berkuasa melalui VSP ini.

“Penyertaan dalam VSP memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama membantu pihak polis dalam usaha mencegah jenayah serta memastikan rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.

“Selain itu, begitu juga Kempen Balik Kampung, Rumah Selamat, Selamat Pergi dan Selamat Sampai, itu adalah penting yang mana kita lihat Kemalangan yang raya, kadang-kadang malang tidak berbau dan yang penting adalah diri sendiri kena sedar,” tegasnya.

Orang ramai diseru supaya tidak terburu-buru, mengamalkan pemanduan berhemah serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain demi memastikan perjalanan yang selamat sepanjang musim perayaan ini.

Related Posts

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperluas usaha memartabatkan makanan tradisional Sabah dengan memperkenalkan pendekatan psikologi dan Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) bagi meningkatkan kesedaran serta sikap positif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan