PDRM perkenal pendrive khas dalam bas, salur mesej keselamatan sepanjang perjalanan

KOTA KINABALU – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mula melaksanakan pemasangan pemacu USB ‘pendrive’ khas di dalam bas sebagai medium penyampaian kempen keselamatan jalan raya dan pencegahan jenayah kepada penumpang.

Menurut Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin, inisiatif itu dilaksanakan sempena pelaksanaan operasi bersepadu berskala kecil yang dijalankan sebagai langkah permulaan, selepas operasi peringkat Bukit Aman dilaksanakan beberapa hari lalu.

“Dari pemasangan pendrive itu, ada maklumat yang kita sampaikan melalui media kepada penumpang-penumpang agar penumpang tidaklah tidur dan duduk sahaja.

“Sekurang-kurangnya ada maklumat kempen kepada penumpang dan kita akan perluaskan kepada bas-bas yang lain untuk mereka memuat naik video tersebut,” katanya.

Jelasnya, pendrive tersebut mengandungi pelbagai bahan video dan maklumat kempen termasuk kesedaran keselamatan jalan raya, galakan menyertai ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP) serta mesej pencegahan jenayah yang dipaparkan kepada penumpang sepanjang perjalanan bas.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas melancarkan Op Selamat Sempena Tahun Baharu Cina di Jalan Tuaran byPass, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemilik dan pengusaha bas turut dinasihatkan supaya memastikan kenderaan mereka dilengkapi Speed Limiting Device (SLD) bagi mengawal had kelajuan, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan akibat pemanduan laju.

“Bila ada SLD ini, sekurang-kurangnya satu tindakan pencegahan daripada kita membawa laju,” tegasnya.

Tambahnya, aspek pelepasan asap kenderaan turut diberi perhatian, khususnya bagi mengelakkan pengeluaran asap hitam yang boleh mengaburi penglihatan pengguna jalan raya lain dan menjadi punca kemalangan.

Operasi bersepadu ini dijangka diperluaskan dengan penglibatan agensi lain seperti Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada masa akan datang, khususnya menjelang musim perayaan, sebagai usaha berterusan memastikan keselamatan masyarakat dan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Related Posts

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen Malaysia mengumpul sembilan pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuktikan kesungguhan dan kehebatan atlet negara dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

KUALA LUMPUR – Pemulihan kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi Land perlu disegerakan bagi membolehkan kawasan berkenaan disediakan untuk tujuan perumahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir