Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

KUALA KANGSAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan umat Islam di negara ini agar menjadikan ibadah puasa sebagai medan terbaik untuk meningkatkan martabat serta membentuk sahsiah diri yang lebih baik sempena ketibaan bulan Ramadan.

Menurut beliau, Ramadan merupakan ruang penting untuk muhasabah diri serta memperkukuh nilai ketakwaan demi kesejahteraan bersama.

“Allah mengingatkan kita bahawa Ramadan adalah satu kesempatan, lebih-lebih lagi ketika kita sering dibelenggu kesibukan dan kelalaian. Ambillah peluang ini kerana Ramadan adalah bulan untuk mengangkat ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

“Bukan masanya untuk mencabar atau menghina orang lain, sebaliknya cabarlah diri sendiri. Tanyakan kepada diri, adakah kita mampu menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum Ramadan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santuni MADANI dan Sambutan Ihya’ Ramadan Warga Padang Rengas bersama Perdana Menteri di Arena Kampung Chuar, Kati, Padang Rengas, pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi serta Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi pembangunan Masjid Al-Taufiqiah, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas.

Selain itu, sumbangan turut disalurkan kepada 28 masjid di Parlimen Padang Rengas berjumlah RM140,000, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Yahyawiah sebanyak RM200,000 serta Dapur MADANI berjumlah RM60,000 bagi memperkukuh kebajikan dan pembangunan komuniti setempat.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran lebih 1,000 orang pengunjung serta pelbagai juadah tradisional yang disediakan secara percuma kepada orang ramai.

Related Posts

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen Malaysia mengumpul sembilan pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuktikan kesungguhan dan kehebatan atlet negara dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

KUALA LUMPUR – Pemulihan kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi Land perlu disegerakan bagi membolehkan kawasan berkenaan disediakan untuk tujuan perumahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir