1BestariNet: Sokong penuh siasat skandal ketirisan wang rakyat – Suee Lim

PUTRAJAYA – Siasatan yang adil dan telus perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal 1BestariNet yang sudah lama tergantung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, isu ini telah sekian lama hangat diperkatakan dan tergantung tanpa tindakan susulan daripada pihak berwajib.

Suee Lim berkata, apabila isu ini timbul semula, sekaligus menjadi pertanyaan ramai terhadap perkara sebenar yang terjadi.

“Oleh itu, pihak SPRM wajar membuat siasatan lebih lanjut terhadap kes tersebut walaupun melibatkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dan lain-lain kes seperti skandal Jana Wibawa memerlukan proses keadilan undang-undang yang sewajarnya tidak kira siapa mereka yang terlibat.

“Manakala kes-kes lain juga perlu diberikan perhatian kerana ini adalah prinsip keadilan,” beliau berkata demikian ketika dihubungi The Malaysia Press pada Sabtu.

Terdahulu, SPRM dilapor menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd sebagai sebahagian siasatan terhadap projek yang bermula pada 2011.

Projek itu bermula semasa Muhyiddin menjadi Menteri Pendidikan yang mana Datuk Seri Najib Razak ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Muhyiddin berkata, beliau mengalu-alukan siasatan SPRM dijalankan kerana yakin tidak terbabit dalam projek kontroversi itu.

Justeru, Suee Lim juga merupakan Exco Pelancongan Negeri Selangor turut menyokong penuh segala tindakan yang bakal diambil oleh SPRM kerana ia melibatkan wang rakyat.

“Saya menyokong sekiranya tindakan tegas daripada SPRM untuk melakukan siasatan lanjut terhadap kes 1BestariNet yang melibatkan ketirisan wang rakyat dan bocor sana sini dan menyebabkan kerugian secara keseluruhan,” ujarnya.

Related Posts

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

AYER KEROH – Kongres Nasional PKR 2026 dijangka menghimpunkan lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati akan membuka tirai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), bermula hari ini. Penganjuran kongres dimulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang

17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau